Saturday, April 17, 2010

Panduan Umrah – 17 – Miqat Umrah

Assalamu'alaikum wm wbr.

Miqat bermaksud ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah. Miqat terbahagi kepada dua iaitu miqat zamani (ketentuan masa) dan miqat makani (ketentuan tempat).

Miqat zamani – ketentuan masa untuk melakukan umrah ialah sepanjang tahun iaitu selain dari masa seseorang itu berihram haji.  Miqat masa untuk menunaikan haji pula ialah dari 1 haribulan Syawal hingga terbit fajar hari yang ke-10 bulan Zulhijjah. Tempoh inilah dikenali sebagai bulan-bulan haji.

Miqat maqani –  sempadan terakhir tempat bagi berniat ihram umrah atau haji adalah mengikut arah dari mana seseorang itu datang untuk masuk ke tanah suci Makkah bagi penduduk di luar kota Makkah.




Terdapat 5 miqat bagi ihram haji atau umrah iaitu:

1. Yalamlam – bagi yang datang dari arah Yaman. Pada satu ketika dulu, orang Malaysia yang menaiki kapal laut mengenakan pakaian ihram dan berniat ihram di atas kapal apabila melalui miqat ini.

2. Bir Ali atau Zulhulaifah – bagi yang datang dari arah Madinah dengan bas, kereta, dsb. Bagi mereka yang menaiki pesawat kapalterbang, miqat mereka ialah di lapangan terbang Madinah.



3. Al-Juhfah – bagi yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin dsb.

4. Zatu Irqin – bagi yang datang dari arah Iraq.

5. Qarnul Manazil – bagi yang datang dari arah Najd, Kuwait, dan juga jemaah Malaysia dan Asia Tenggara yang datang dengan menaiki kapalterbang.

Bagi jemaah Malaysia, jika pakej umrahnya masuk terus ke Makkah dahulu baru ziarah ke Madinah maka sempadan terakhir untuk berniat ihram ialah di ruang angkasa Qarnul Manazil iaitu kira-kira satu jam sebelum kapalterbang mendarat di Jeddah. Namun di nasihatkan agar jemaah memakai ihram di rumah atau di lapangan terbang KLIA terlebih dahulu sebab adalah terlalu rumit untuk memakai ihram dalam kapal terbang.

Bagi jemaah Malaysia yang berangkat ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu kemudian baru ke Makkah, maka miqatnya ialah sama dengan miqat penduduk Madinah iaitu di Bir Ali –  jika menaiki bas, atau di Lapangan Terbang Madinah jika menaiki kapal terbang ke Jeddah.

Bagi jemaah Malaysia yang mana jadual penerbangan mereka terpaksa transit (bukan menaiki MAS atau Saudia Airlines) maka miqat mereka bergantung kepada tempat mereka transit.  Jika mereka transit di Jordan, maka miqat mereka ialah di Juhfah.  Jika transit di Bahrin maka miqat di Qarnul Manazil. Pilot kapal terbang akan mengumumkan yang kapalterbang akan melintasi kawasan miqat dalam tempoh setengah jam dsb.  JAdi para jemaah perlu prihatin tentang tempat-tempat miqat mereka.

Setelah jemaah berada di Makkah, dan telah selesai melaksanakan manasik umrah, maka jika ia ingin mengerjakan lagi umrah-umrah selanjutnya maka ia perlu keluar ke tanah halal untuk berniat ihram.  Untuk itu mereka bolehlah pergi ke:

– Tan'aim (paling dekat dengan Makkah, tambang bas hanya 2 riyal). Di sini ialah tempat miqat isteri Nabi iaitu saidatina Aisyah.



– Ja'ranah iaitu tempat miqat Rasulullah s.a.w. –  lebih afdal berihram di sini.



– Hudaibiyah (Syumaisi), tempat Nabi terhalang memasuki Makkah untuk menunaikan umrah pada tahun ke 6 Hijrah.  Di sinilah berlakukan Perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi dengan orang Quraish Makkah.



– Di Arafah dan di mana-mana kawasan tanah halal.

23 comments:

  1. Assalamuaikum Tn Hj Saad

    Alhamdulillah panduan ini
    dapat mingimbau kenanggan haji tu hari

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikum salam Tn Haji Rozali.

    Alhamdulillah. Saya buat entri-entri ni untuk panduan bakal-bakal jemaah umrah yang belum pernah ke sana. Nak buat seringkas yang boleh di samping menyelitkan fakta yang berguna.

    Esok ada kursus umrah di Andulisia Travel Agency Cawangan Melaka yang disampaikan sendiri oleh mutawif di Makkah iaitu Sdr Ridhuan. Jadi saya nak menyelit kat situ untuk dapatkan maklumat terbaru untuk update kat sini.

    ReplyDelete
  3. Assalamuaikum Tn Hj Saad,

    Saya ada soalan yg nak ditanyakan pd Tuan Haji,
    Disebabkan saya pulang dari kerja di Afrika, Saya akan mengerjakan umrah insyaallah pada 15 Julai 2010 dan transit di Dubai dan terus ke Jeddah. Persoalan nya Hj, saya perlu mengenakan ihram dari lapangan terbang Dubai atau boleh kah saya pergi ke Tana'im atau Ja'ranah utk niat umrah dan ihram. Saya tak berapa pasti sama ada pesawat yg saya akan naiki (emirates) akan membuat pengunguman dalam pesawat apabila merentasi miqat (Qarnul Manazil??). Ini pertama kali saya akan menjejaki kaki di tanah Mekah dan berseorangan.
    Terima kasih Tuan Haji utk jawapan nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana terlepas pandang soalan saudara.

      Miqat umrah/haji sudah ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Jika tuan menaiki Kapalterbang di Dubai, maka miqatnya ialah di Qarnul Manazil. Pada kebiasaannya, Pilot akan membuat pengumuman sebelum kapalterbang melintasi ruang angkasa sesuatu Miqat. Jika tuan ragu-ragu, elok niat ihram sebaik tuan telah duduk dalam kapal terbang lebih kurang 10 minit.

      Setelah tuan selesai melaksanakan umrah, dan sekiranya tuan ingin melakukan umrah-umrah tambahan, maka barulah tuan keluar dari Makkah ke Tan'iem atau ji'ranah, atau Hudaibiyah (tempat-tempat miqat) untuk berihram.

      Delete
  4. Salam Tuan Hj, Alhamdulillah panduan ini dpt membantu saya yang akan menunaikan umrah pada tahun ini. Saya akan membawa Ibu saudara saya yg OKU.Adakah keadaannya yang berkerusi roda menganggu ibadahnya?

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikum salam sdr Mohd Haflan.

    Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana terlepas pandang soalan saudara.

    Miqat umrah/haji sudah ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Jika tuan menaiki Kapalterbang di Dubai, maka miqatnya ialah di Qarnul Manazil. Pada kebiasaannya, Pilot akan membuat pengumuman sebelum kapalterbang melintasi ruang angkasa sesuatu Miqat. Jika tuan ragu-ragu, elok niat ihram sebaik tuan telah duduk dalam kapal terbang lebih kurang 10 minit.

    Setelah tuan selesai melaksanakan umrah, dan sekiranya tuan ingin melakukan umrah-umrah tambahan, maka barulah tuan keluar dari Makkah ke Tan'iem atau ji'ranah, atau Hudaibiyah (tempat-tempat miqat) untuk berihram.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam sdr Azizan.

    Alhamdulillah dan tahniah kepada saudara yang akan berangkat melaksanakan umrah pada tahun ini, insyaAllah.

    Tidak ada masalah bagi jemaah yang berkerusi roda untuk melakukan ibadah spt tawaf, saie dan solat di Masjid Haram. Dataran kaabah agak luas dan tuan boleh menolak kerusi roda untuk ibu saudara tuan di kawasan yang kurang sesak.

    Untuk ke dataran kaabah, kita kena turun tangga - jadi perhatikan jalan khas bagi kerusi roda untuk turun ke dataran kaabah, bersetentang dengan sudut hajar aswad (kalau saya tidak silap).

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillha...entri tn hj saad amat berguna..insyaALLAH saya akan pergi umrah pada 10 April 2012 akan datang bersama ibu saya. Ini kali pertama sy akan mengerjakan umrah..semoga entri ini akan membantu saya.

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum wbt sdr amin.

    Syabas dan tahniah diucapkan kepada tuan yang akan menjadi tetamu Allah dan tetamu Rasulullah pada April nanti. Semoga tuan dan ahli rombongan sentiasa mendapat limpahan rahmah Allah SWT dan semoga mendapat umrah yang maqbul, amin.

    Alhamdulillah dan terima kasih.

    ReplyDelete
  9. As salam tn hj,
    1. Adakah kita mesti mengambil wuduk sekali lagi di miqat walaupun kita telah pun mengambil wuduk di hotel? Semasa umrah hr tu, ustaz di sana suruh kami ambik wuduk sekali lagi padahal kami tlh pun ambik wuduk di hotel dan perjalanan dr hotel ke tmpt miqat tdk lah jauh sangat.

    2. Blhkah pramugara/gari berniat umrah apabila diarahkan bekerja membuat penerbangan ke jeddah. Sbb utama ialah bekerja tp mereka ambil kesempatan ini utk mengerjakan umrah. Kalau blh, niat nak kerjakan umrah blh buat kat malaysia atau bila smpi sana baru niat sbb mungkin ada halangan bila sampai?
    Kalu blh, di manakah miqat mereka utk berniat ihram? Di hotel iaitu di mana2 tanah haram atau kena pergi ke tmpt miqat yg telah ditentukan?

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikum salam anonymous

    1. Kalau masih ada wuduk, tak perlu ambil sekali lagi. Tapi kalau ambil sekali lagi, tidaklah menjadi kesalahan.

    2. Paramugari/paramugara boleh buat umrah 'ambil kesempatan' bertugas ke sana.

    Tetapi kalau masuk terus ke Makkah dari Jeddah, mereka kena pakai ihram dalam kapal terbang dan niat ihram apabila kapal terbang melintasi miqat. Kalau naik MAS miqat mereka ialah di Qarnul Manazil (dalam kapal terbang). Bolehkah paramugara pakai ihram dalam kapal terbang sambil serve penumpang? - tak dapat saya bayangkan. Hehe.

    Kalau mereka turun di Jeddah dan kemudian pergi Madinah dahulu, atau pergi ke Taif (Qarnul Manazil) maka tak perlu pakai ihram dalam kapal terbang dan niat ihram dalam kapal terbang.

    ReplyDelete
  11. oh, ok tn hj. Terima kasih atas jawapan tu. Sy tersilap taip, sepatutnya tnh halal bkn tnh hrm. Ok, maksudnya mereka kena pergi taif utk berniat ihram. Kalu kat hotel saja atau berhenti kat mana2 sbm msk mekah, blh niat ihram tak?
    Lg satu yg sy nak fhmkan betul2, niat masa nak gi kerja tu. Blh ke niat nak gi buat umrah sekali? Katakan niat kat rumah, sy nak gi keje tp kalau ada kesempatan nak buat umrah... Smpi jeddah, tak de masa plak nak buat umrah. Tak pe kan?

    ReplyDelete
  12. Bagi jemaah yang bukan penduduk Jeddah, jika mereka berniat ihram umrah di hotel Jeddah, atau kat mana-mana sebelum masuk tanah haram Makkah, kemudian melaksanakan manasik umrah, maka umrahnya SAH tetapi kena bayar DAM.

    ReplyDelete
  13. Bagi soalan kedua, jika kita hanya bercadang sahaja, bukan bertekad sebulat hati dan diikuti dgn lafazkan niat ihram umrah seperti "Sahaja aku melakukan umrah dan berihram dengannya kerana Allah SWT." maka itu sebagai cadangan sahaja. Samalah seperti saya yang ada perasaan dalam hati, nanti lepas urusan peperiksaan pelajar saya selesai, saya nak pergi umrah kalau keadaan mengizinkan. Itu hanya cadangan sahaja.

    ReplyDelete
  14. ok, thanks tn. Hj... :-)

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah ..entry2 Tuan banyak membantu saya ...insha Allah 25hb mei saya akan mengerjakan umrah...

    entry ni memang membantu saya..thanks

    ReplyDelete
  16. Assalamu'alaikum wbt OrkedUnggu

    Alhamdulillah, saya doakan puan dan suami puan semoga mendapat umrah yang maqbul, sai'e yang mashkur (diterima), sihat tubuh badan, dan selamat pergi dan kembali ke tanah air. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan ibadat umrah puan OrkedUnggu dan suaminya. Amin, ya Rab al-'alamin.

    ReplyDelete
  17. amin amin amin ya rabbal alamin..terima kasih dengan doa itu ....semoga segalanya dipermudahkan....

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum wbt Tuan Haji, Anak lelaki saya bertugas di Jeddah selama 2 bulan. Beliau mengatakan beliau telah mengerjakan umrah dan bermiqat di Jeddah sahaja. Saya ingin kepastikan sama ada beliau boleh berbuat demikian, perlukah beliau membayar DAM kerana beliau bukan penduduk Jeddah (hanya menetap selama 56 hari sahaja) dan jika beliau perlu membayar dam, berapakah nilainya dan kepada siapakah beliau harus membayar dam tersebut. Bagaimana dengan umrah seterusnya yang beliau bercadang untuk buat sepanjang beliau berada di sana? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Mula-mula saya nak minta maaf sebab lambat response. Dan keduanya, saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi bertanya.

      Namun, sukacita saya declare di sini iaitu saya bukanlah mahir sangat tentang hukum hakam bab umrah ni sebab saya bukanlah seorang ustaz. Nak jawab soalan-soalam macam ni,kalau tersilap jawab nanti berdosa pulak kan?

      Walau bagaimanapun mari kita sama-sama kaji permasalahan ini untuk sama-sama kita megambil pelajaran daripadanya.

      1. Pertama-tama kita kena tahu, bilakah anak tuan melakukan umrah tersebut. Adakah dia memang ada azam nak buat umrah semasa di Malaysia atau dalam flight, dan sebaik saja dia mendarat di Jeddah setelah settle down tempat tinggal dsb, sebelum mulakan tugas, dia terus berihram di Jeddah dan buat umrah?

      2. Adakah semasa dia ke Jeddah, memang niat semata-mata tugas tetapi bila dah menetap (bermukim) di sana 2-3 minggu baru terlintas nak buat umrah?

      Jadi perkara-perkara di atas perlulah diperhalusi dulu barulah kita boleh memberikan jawapannya mengikut lunas-lunas yang tertentu.

      Delete
  19. Aoa i can't understand your pretty language :-) but i m sure you are sharing sort of helpful news like that i wanna share that UK airlines are offering cheap umrah packages for every Muslim so don't miss a chance of performing Umrah 2013.

    ReplyDelete
  20. Nak kutip dikit tuan.. mudah2an bise kasih manfaat pada sesama jemaah UMRAH MURAH

    ReplyDelete

Assalamu'alaikum wm wbr. Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. Sebagai insan biasa, kadang-kadang saya terlepas pandang akan ulasan/soalan-soalan yang dikemukakan. Namun selepas menyedarinya, saya akan cuba balas kembali ulasan-ulasan tuan/puan/cik.