Wednesday, March 17, 2010

Panduan Umrah – 05 – Hukum Wanita Musafir Tanpa Mahram

Satu perkara penting yang dipandang mudah oleh jemaah wanita ialah berkaitan dengan mahram sedangkan ia melibatkan kesempurnaan ibadat umrah / haji yang dilakukan. Di samping itu ramai yang keliru antara perkataan mahram dan muhrim. Mahram bermaksud orang yang haram dikahwini, sedangkan muhrim ialah orang yang sedang berihram.

Bagi menjelaskan hukum wanita safar tanpa mahram ini, sukacita saya petik (1) tulisan Ustaz Ahmad Irfan, (2) fatwa daripada Majlis FatwaNegeri Johor, dan (3) pandangan daripada Tabung Haji Malaysia.

1. Catitan daripada Ustaz Ahmad Irfan:
Sumber: http://abidfana.com/2009/11/03/hukum-wanita-bermusafir-tanpa-mahram/

Rasulullah s.a.w. bersabda:

لَا تُسَافِرْ الْمَرْأَةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ وَلَا يَدْخُلُ عَلَيْهَا رَجُلٌ إِلَّا وَمَعَهَا مَحْرَمٌ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَخْرُجَ فِي جَيْشِ كَذَا وَكَذَا وَامْرَأَتِي تُرِيدُ الْحَجَّ فَقَالَ اخْرُجْ مَعَهَا

Jangan seorang wanita bermusafir melainkan bersama dengan mahram. Dan jangan bersendirian seorang lelaki dengan seorang wanita melainkan bersama wanita itu mahramnya.” Tiba-tiba seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku akan keluar untuk berperang, dan isteri-ku pula hendak pergi menunaikan haji.” Lalu Rasulullah S.A.W. menjawab: “Pergilah kamu bersama isteri-mu (menunaikan haji).” (Muttafaqun alaihi – HR Bukhari dan Muslim ).

Dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang lain, nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر سفرًا يكون ثلاثة أيام فصاعدًا إلا ومعها أبوها أو أخوها أو زوجها أو ابنها أو ذو محرم منه

Tidak halal bagi perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk keluar tiga hari ke atas melainkan bersama-samanya bapanya atau saudara kandung lelakinya atau suaminya atau anak lelakinya atau mana-mana mahramnya. (di dalam riwayat lain, ada dinyatakan satu hari satu malam, dan dua hari dua malam)

Kedua-dua hadith di atas ialah sebahagian daripada beberapa hadith yang melarang wanita daripada keluar berjalan tanpa mahram.

Akan tetapi, ada juga pandangan yang menyatakan sekiranya terjamin keselamatan dan fitnah kepada si perempuan sepanjang perjalanannya, maka ianya dibenarkan. Itupun sekiranya perjalanan itu merupakan perjalanan yang perlu sahaja, bukan perjalanan tanpa tujuan. Majlis Fatwa Al-Azhar Mesir berpegang kepada pendapat ini. Menurut mereka, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan yang Shafi’e membolehkan perempuan untuk bermusafir tanpa mahram sekiranya ada keperluan dan jalan yang akan ditempuhinya serta tempat yang akan didatanginya terjamin keselamatannya. Ini berdasarkan kepada sepotong hadith sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh ‘Adiy bin Hatim:

فَإِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ لَتَرَيْنَ الظَّعِيْنَةَ تَرْتَحِلُ مِنَ الْحِيْرَةَ حَتَّى تَطُوْفَ بِالْكَعْبَةِ لاَ تَخَافُ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ

Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan beresndirian dari Hirah (sebuah kawasan di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)

Walaupun hadith ini lebih merujuk kepada hadith ramalan akhir zaman, akan tetapi sebahagian ulamak mengeluarkan hukum yang menyatakan kebenaran kepada wanita untuk bermusafir tanpa mahram. Syaratnya ialah, ada keperluan yang hampir sama hukumnya seperti haji, atau sekurang-kurangnya keperluan mendesak untuk berjalan tanpa mahram, dan terjamin keselamatan semasa di dalam perjalanan dan di destinasi permusafirannya.

Pandangan Majlis Fatwa al-Azhar ini turut disokong oleh Dr Yusuf al-Qaradawi dan ditulis di dalam Ensiklopedia Feqh Islam. Sebahagian mereka meletakkan syarat, iaitu perlu wanita tadi bergerak keluar bersama-sama dengan kumpulan wanita yang lain

2. Fatwa Kerajaan Negeri Johor.

Isu:  Apakah hukum seorang wanita bermusafir tanpa suami atau mahram untuk menunaikan haji sunat atau umrah sunat?

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Rabiulawal 1422 bersamaan 11 Jun 2001 telah mengambil keputusan seperti berikut :-

Keputusan Fatwa :

Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan menunaikan haji sunat atau umrah sunat tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-

1. Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.

2. Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.

3. Telah mendapat keizinan suami atau mahram ( jika ada ).

4. Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.

5. Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah (boleh dipercayai) dan solihat.

6. Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.

7. Wanita tersebut dari golongan yang sudah berumur.

8. Tujuannya semata-mata kerana ibadat kepada Allah ( taqarrob ) melalui ibadat ini, bukan untuk bermegah-megah, ujub, riak, takbur atau tujuan-tujuan yang lain.

9. Perjalanannya ke haji sunat atau pun umrah sunat ini bukan sebagai "budaya tahunan" tetapi untuk keperluan dan jangka masa tertentu ( setelah beberapa tahun yang panjang ) dan bukan bertujuan melancong semata-mata.

10. Mempunyai perbelanjaan cukup untuk menunaikan ibadah ini pergi dan balik, juga mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk nafkah dan keperluan hidup selepas menunaikan ibadah haji sunat atau umrah sunat.

11. Kesihatannya baik, tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menyusahkan dirinya dan orang lain bersamanya dalam perjalanan hingga balik ke tanah air.

12. Datang daripada hasrat dan kemahuan yang amat kuat dari diri sendiri ( bukan disebabkan oleh ajakan orang lain ).

13. Waniat yang hendak pergi itu mestilah dari golongan zat hishmah ( jati diri dan berakhlak mulia ).

14. Mendapat kebenaran dari Uli-Amr.

15. Perjalanan itu semata-mata ke tempat yang ada hubungan dengan ibadah tersebut kecuali perkara-perkara yang tidak dapat dielakan.

16. Telah mendapat kebenaran dari pihak bertanggungjawab kedua-dua Negara (Malaysia dan Arab Saudi).

17. Digalakkan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada mahram/ suami.



3. Pendapat Tabung Haji Malaysia.

Dari segi hukum mengenai wanita yang akan belayar menunaikan fardhu haji bersama mahram ialah sebagai berikut:

a. Wajib seseorang wanita itu pergi menunaikan fardhu haji bersama suami atau mahramnya.

b. Jika tiada suami atau mahram boleh ia pergi bersama dua orang perempuan yang thiqah (yang dipercayai amanah dan taat). Memadai juga dengan seorang perempuan yang thiqah.

c. Harus ia pergi seorang diri sekiranya diyakini keadaan dirinya dalam dalam pelayaran/perjalanan selama menunaikan fardhu haji itu aman dan selamat.

Memandangkan keadaan yang ada sekarang, bagi seseorang bakal haji wanita Malaysia itu seboleh-bolehnya pergi bersama suami atau mahramnya sahaja (tidak selainnya) untuk menjauh atau mengelakkan daripada fitnah dan kesusahan.

25 comments:

  1. salam, bagaimana pula bagi wanita yang hanya keluar bermusafir dalam negara seperti pelajar-pelajar unuversiti yang pergi ke kem kepimpinan dan yg sewaktu dengannya?

    ReplyDelete
  2. Salam irah.

    Maaf lambat menjawab soalan sdr.

    Jawapan soalan sdr sudah ada dalam entri di atas. Walau bagaimanpun saya copy paste kat sini untuk kemudahan kita bersama:

    Ada juga pandangan yang menyatakan sekiranya terjamin keselamatan dan fitnah kepada si perempuan sepanjang perjalanannya, maka ianya dibenarkan. Itupun sekiranya perjalanan itu merupakan perjalanan yang perlu sahaja, bukan perjalanan tanpa tujuan. Majlis Fatwa Al-Azhar Mesir berpegang kepada pendapat ini. Menurut mereka, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan yang Shafi’e membolehkan perempuan untuk bermusafir tanpa mahram sekiranya ada keperluan dan jalan yang akan ditempuhinya serta tempat yang akan didatanginya terjamin keselamatannya. Ini berdasarkan kepada sepotong hadith sahih Bukhari yang diriwayatkan oleh ‘Adiy bin Hatim:

    فَإِنْ طَالَتْ بِكَ حَيَاةٌ لَتَرَيْنَ الظَّعِيْنَةَ تَرْتَحِلُ مِنَ الْحِيْرَةَ حَتَّى تَطُوْفَ بِالْكَعْبَةِ لاَ تَخَافُ أَحَدًا إِلاَّ اللهَ

    Jika kamu panjang umur, nescaya kamu akan melihat wanita berjalan beresndirian dari Hirah (sebuah kawasan di Iraq) hingga melakukan tawaf di Ka’bah (Makkah). Dia tidak takut sesuatu pun melainkan Allah (dalam perjalanan itu)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Saya ada soalan, saya adalah seorang perempuan bujang dan telah ditugaskan untuk mengiringi satu kumpulan kerja ke luar daerah selama seminggu. Masalah saya, rombongan yang pergi hanya saya seorang perempuan. Ahli kumpulan kerja yang lain adalah lelaki, saya cuba menolak dan cuba juga meminta kakitangan wanita lain ikut sama tapi ditolak, apa pandangan tuan, saya dalam dilema.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikum salam wm wbr.

    Pertamanya, saya declare bhw saya bukannya orang yang layak untuk menjawab soalan-soalan berkaitan agama sebab itu di luar bidang saya.

    Walau bagaimanapun saya telah search Internet dan juga bertanya kepada ustaz yang yang selayaknya. Justeru itu inilah jawapan saya yang berasaskan kepada Fatwa Majlis Agama Islam Johor:

    Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Tujuan Ziarah

    Huraian Tajuk/Isu:
    Apakah hukum seorang wanita bermusafir tanpa suami atau mahram untuk tujuan ziarah?

    Keputusan Fatwa:

    Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Rabiulawal 1422 bersamaan 11 Jun 2001 telah mengambil keputusan seperti berikut :

    Alhamdulillah Fatwanya;

    Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan ziarah tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-

    1.Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.

    2.Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.

    3.Telah mendapat keizinan suami atau mahram (jika ada).

    4.Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.

    5.Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah (boleh dipercayai) dan solihat.

    6.Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.

    7.Wanita tersebut dari golongan yang sudah berumur.

    8.Tujuannya untuk ziarah mengeratkan silaturrahim, terutama yang ada hubungan nasab (keturunan) atau ziarah orang sakit atau memenuhi jemputan.

    9.Perjalanannya ada mempunyai matlamat tertentu yang diharuskan oleh syarak, bukan untuk semata-mata melancong, berkelah atau dalam bentuk suka-suka sahaja.

    10.Mempunyai perbelanjaan cukup untuk menunaikan ziarah iaitu pergi dan balik, juga mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk nafkah dan keperluann hidup selepas kembali dari ziarah tersebut.

    11.Kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menyusahkan dirinya dan orang lain bersamanya.

    12.Dengan perhiasan yang sederhana.

    13.Wanita yang hendak pergi itu mestilah dari golongan zat hishmah (jati diri dan berakhlak mulia).

    14.Bukan dalam 'iddah kematian suami.

    15.Undang-undang membenarkannya.

    Berdasarkan kepada keaadaan saudari yang terpaksa pergi kerana urusan tugas, dan tidak ada wanita yang sudi menemani saudari maka dalam keadaan sebegini bolehlah dikategorikan sebagai dharurat.

    Oleh kerana saudari pergi dalam kumpulan yang ramai dan dalam satu kenderaan umum, SERTA dalam keadaan aman dalam perjalanan maka mengikut FATWA di atas, saudari diharuskan untuk melakukan perjalanan tersebut.

    Wallahu'aklam.

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum,

    saya ingin bertanya pendapat tuan,

    soalan pertama: ibu saya berhasrat untuk menunaikan haji..dlm kata lain pemergian ibu menggunakan simpanannya sendiri,manakala ayah pula tidak dapat menyertai ibu kerana permasalahan kekangan kewangan dan tidak mahu menggunakan wang ibu utk tujuan ini/dlm erti kata lain mungkin ayah tidak mahu menyusahkan ibu..namun jauh di sudut hati saya tahu ayah juga berhasrat utk memnunaikan haji...pada pendapat tuan..apakah hukummya sekiranya ibu meneruskan niatnya?

    soalan kedua :bolehkah sekiranya saya mengambil sebarang bentuk pinjaman bg membantu melunaskan hasrat agar ayah juga dpt menyertai ibu ke Mekah?


    -anak ayah dan ibu-

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikum salam anonymous (anak ayah dan ibu) :)

    (1) Ibu tuan boleh menunaikan haji HANYA SEKIRANYA mendapat izin daripada suami (ayah tuan).

    (2) Membuat pinjaman untuk menunaikan haji adalah tidak digalakkan kerana syarat wajib haji ialah MAMPU - dari segi kewangan dan kesihatan. Tuan bincang dengan ibu minta ibu berikan wang kepada anda tanpa pengetahuan ayah, dan anda gunakan wang tersebut untuk hantar ayah menunaikan haji.

    Saya nasihatkan anda agar daftarkan dahulu nama ibu dan ayah untuk menunaikan haji. Jika hati ayah sudah berubah (mahu menunaikan haji), anda telah bersedia dari awal. Maklum sahaja sekarang ini waiting list terlalu ramai.

    Wasalam.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.....

    InsyaAllah sy akan menunaikan umrah pada bulan 5 tahun ini..kemuskilan saya adalah....saya akan menggunakan duit pinjaman sy untuk pergi umrah tersebut.Adakah duit ini sesuai untuk saya gunakan bagi umrah sy ini????Untuk pengetahuan,pinjaman sy ini telah dibuat agak lama sebelum saya merancang untuk menunaikan ibadah umrah....Pada bulan 10 thn lepas,sy telah diuji dengan dugaan yang agak besar.saya ingin lebih dekat dengan Allah.Oleh itu,saya telah bertekad untuk menjalankan ibadat umrah sy supaya saya boleh mensucikan diri.Dan sy akan menggunakan separuh perbelanjaan umrah saya dengan menggunakan duit pnjaman tsebut.Adakah dbolehkan???

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikum salam wbt DCT

    Jawapan saya bagi permasalahan DCT adalah berasaskan kepada laman web berikut: http://dmpserdang.pas.org.my/?p=167

    Soalan : Saya terlalu ingin menunaikan umrah tetapi belum cukup wang. Bolehkan saya membuat pinjaman bank untuk membiaya ibadat umrah?

    Jawapan

    Boleh dan sah haji atau umrah sekiranya wang yang digunakan itu adalah hasil pinjaman dari sumber-sumber yang halal atau bukan konvensional. Namun adalah lebih baik sekiranya wang yang ingin digunakan untuk ke haji atau umrah itu adalah wang darinya sendiri.

    Namun, sila pastikan wang yang dipinjam itu adalah secara halal. Individu tersebut bersedia dan mampu untuk membayar kembali wang tersebut, sebagai contoh, menggunakan potongan gaji.

    Bersama-sama ini disertakan keputusan majlis fatwa berhubung isu di atas.

    1) Adalah harus seseorang berhutang untuk menunaikan haji atau umrah sekiranya diyakini mampu membayar balik hutang tersebut dan ia tidak menjejaskan kehidupan normalnya.

    2) Skim pinjaman tersebut hendaklah diuruskan melalui badan atau koperasi yang mementingkan prinsip ikhlas, taawun, adil dan telus dalam operasinya di samping bebas dari unsur-unsur riba

    Semoga bermanfaat.

    Wasalam

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..

    Saya ingin menunaikan umrah bersama ibu dan adik lelaki pada bukan Mei ni..suami telah mengizinkan saya pergi menunaikan umrah cuma saya masih keliru dan takut.Saya risau ibadah umrah ini tidak sempurna jika seorang isteri meninggalkan suami untuk beribadah.

    ReplyDelete
  10. Wa'laikum salam muslimah.

    Puan boleh melakukan umrah sebab puan telah mendapat keizinan daripada suami, dan puan akan ditemani oleh adik lelaki puan (mahram).

    Selamat menunaikan umrah, semoga mendapat umrah yang maqbaul, amin.

    ReplyDelete
  11. assalam ustaz,
    sy telah bernazar untuk menunaikan umrah tetapi suami sy tidak dapat ikut serta kerana ada peperiksaan dan beliau telah memberi keizinan kepada sy untuk ke sana bersama rakan sekerja sy. adakah boleh sy ke sana dengan ditemani oleh rakan sekerja perempuan?

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikum salam wbt

    Maaf lambat balas sebab komen puan masuk dalam spam.

    Ya puan boleh menunaikan umrah sbb telah mendapat keizinan daripada suami dan ditemani oleh perempuan yang theeqah - yang boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum ustaz,
    Bolehkah seorang saudara lelaki sebelah bapa menemani ibu saudaranya juga sebelah bapa untuk menunaikan ibadah umrah bersama2?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum ustaz

    insya'allah tahun ini saya akan menunaikan fardu haji.

    saya ada dapat doa untuk melewatkan haid dari buku panduan haji dan umrah dan juga dari blog ustaz ini.

    Q: bolehkah beri makna ayat sekali - kalau boleh saya nak faham apa yg dibacakan.

    wassalam.
    aminah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      InsyaAllah. Sila rujuk pada entri berikut dalam masa 3 hari lagi: http://msaadhamid.blogspot.com/2010/04/panduan-umrah-23-amalan-memohon.html

      Delete
  15. Assalamualaikum ustaz,

    Ibu saudara saya sudah berumur 45 tahun. Dia merancang untuk pergi umrah pada bulan mei ini. walau bagaimanapun, status ibu saudara saya: bujang/tidak berkahwin, bapa telah meninggal dunia, semua adik-beradiknya adalah perempuan. Boleh ustaz beri panduan apakah prosedur sebenar yang perlu dia ikuti untuk menunaikan ibadah umrah nanti? Apakah dokumen yang perlu dia sediakan berikutan statusnya yang masih bujang dan tiada mahram. untuk makluman ustaz, yang akan ikut bersamanya adalah kakaknya bersama suami. harap ustaz dapat bantu jelaskan. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt

      Bagi wanita yg berumur 45 tahun ke atas, boleh dapat visa umrah tanpa ada mahram.

      Dokumen yg perlu ada:
      1. Passpot antarabangsa yg masih sah laku (valid) sekurang-kurangnya 6 bulan pd tarikh apply visa.

      2. Buku suntikan meningitis yang masih valid.

      Sukacita sy nasihatkan pilihlah Travel Agent yg reliable supaya tidak tertipu.

      Delete
  16. Assalamualaikum ustaz..

    Isteri sy br dpt bonus (agk byk juga) dan dia bhasrat utk ke umrah mngikuti rombongan ibu dan ayah sy.terus terang sy katakan yg sy xmampu utk pergi bsama atas masalah kewangan dan isteri tekad utk mendahulukan duitnya menanggung sy. Hati sy agak berat sbb ia akn menjadi hutang utk sy dan takut isteri mengungkit2 pasal kewangan (jika berlaku lerselisihan faham) di masa akan dtg. Jadi, bolhkah sy membenarkan isteri sy menunaikan umrah bersama mertuanya (ibu&ayah sy) ataz sebab yg sy nyatakan td?
    T.Kasih ustaz-azwan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam wbt.

      Harus (boleh) bagi anda memberi keizinan utk isteri anda mengikuti mertuanya melakukan umrah. Namun bagaimana dgn kelulusan visa dari kedutaan Arab Saudi?

      Seeloknya terimalah tawaran isteri anda utk mendahulukan wangnya utk umrah. In sya Allah semoga mendapat umrah yg maqbul.

      Delete
  17. assalamualaikum ustaz,

    saya dengan suami ada merancang untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat ini. saya baru teringat, saya ada hutang yang belum di lunaskan. adakah perlu untuk saya melangsaikan dahulu hutang sebelum saya berangkat untuk menunaikan umrah?..boleh kah saya menuanikan umrah sedangkan saya tahu saya masih ada hutang yang belum di langsaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam. boleh ke menunaikan umrah tanpa mahram? walaupun ibu bapa saya sudah mengizinkan. adakah ini akan menyukarkan proses pemohonan visa? terima kasih :)

      Delete
    2. Wa'alaikum salam wbt
      Peraturan Arab Saudi menetapkan wanita yg berumur 45 thn ke bawah perlu ditemani oleh mahramnya bagi tujuan mendapatkan visa. Tanpa mahram, visa tidak dikeluarkan.

      Delete
  18. Assalamualaikum ustaz,

    Bolehkah seorang ibu kandung menjadi mahram kepada anak perempuannya yang berumur 45 tahun ke bawah untuk mengerjakan Haji?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum, saya ingin bertanya apakah hukum seorang wanita pergi menunaikan haji ditemani oleh perempuan yang thiqah.

    ReplyDelete

Assalam'alaikum wm wbr.

Terima kasih kerana sudi memberi ulasan. MOHON MAAF, BLOG SAYA ADA MASALAH - Saya tak dapat balas komen. Saya sedang mencari jalan penyelesaian.